Thursday, March 22, 2012

Astrid Tentang Rasa

► 4:37► 4:37 www.youtube.com/watch?v=XMKPsX_kBJ0

Wednesday, March 21, 2012

wIf MY kezen yg sudah lama x bertemu


With Abah Tersayang Setelah 8 tahun tidak ke temu........


Teman Hati Duka

Teman..
maafkan aku....
aku terpaksa tggalkan kau pada masa tu...
sebab aku sgt malu dgn apa yg berlaku.....
semua org pandang aku bila Executive jatuh pangkat....

Teman,
maafkan aku....
kerana aku banyak melukakan hati kau tanpa kau sedari atau pun tidak....
memisahkan kau dgn si dia adalah niat hati aku....
aku x nak kau jauh tersasar dari kehidupan yg kau lalui...
bila aku berubah, aku pun nak kau juga berubah...
berubah menjadi isteri & mama yg setia ....
menjadi mama contoh kepada anak2....

Teman,
suatu ketika dulu...
aku pun sama dengan kau.... kita jauh tersasar dari menjadi diri kita sendiri....
betapa hancur luluh nye hati org kita sayangi....
tapi... kita bijak menyimpan rahsia dlm diri kita sendiri....

Teman,
semoga perubahan yang kita lakukan...
aku pohon pada Allah s.w.t semoga mengampuni dosa2 yang kita laku kan suatu ketika dahulu....

Teman,
masih ade rahsia yg tersimpan di hati aku...
bila kah dapat aku berterus terang ???

Teman,
maafkan aku....
banyak dosa yang aku tanggung...
adakah taubat aku ini  diterima ...
Wallahualam....
 

Tuesday, March 20, 2012

Kucing kesayangan

Ini nama nye Chinta Chanduri

Yang nie lak aku berikan nama Me'mey.....

Monday, March 19, 2012

Permata2 Yang Menyinari Hidup ku......

Nama Penuh : Nur Ainin Sofiya Binti Mohamad Saifful Azmi
Tarikh Lahir : 27hb Ogos 2004
Tempat Lahir : Hospital Selayang
Nama Penuh : Amir Zharfan Bin Mohamad Saifful Azmi
Tarikh Lahir : 01hb Jun 2006
Tempat Lahir : Hospital Selayang

Nama Penuh : Afif Jazimin Bin Mohamad Saifful Azmi
Tarikh Lahir : 17hb April 2008
Tempat Lahir : Hospital Selayang

MAAFKAN ABANG



(NOVEL TERBARU) MAAFKAN ABANG - Eyla Hime

Tengku Ariff Hazimi, lelaki yang telah berjaya menambat hati Atikah Hatrisya dalam diam. Namun, rasa itu sedikit pun tidak pernah diakui oleh Hatrisya. Bagi Hatrisya, rasa itu hanya rasa senang yang timbul terhadap Hazimi. Tidak lebih daripada itu. Tapi, Hatrisya lupa, dia bukan siapa-siapa yang boleh tentukan rasa itu apa. Ada yang lebih arif dalam segal...a hal. Dan saat Hatrisya menyedarinya, dia tahu ada kekurangan pada dirinya untuk digandingkan dengan Hazimi. Keputusan menjauhkan diri diambil Hatrisya, membuatkan Hazimi tertanya sendiri.

Jodoh. Biar sejauh mana menghindar, biar hati sudah diberikan kepada yang lain, jodoh tetap jodoh. Hatrisya dan Hazimi dipertemukan. Peluang ini diambil Hazimi untuk kembali rapat dengan Hatrisya. Namun, saat hubungan kembali pulih, ada satu perkara menimpa mereka berdua. Dan niat Hazimi untuk menjernihkan lagi perhubungan, telah menjadi api kebencian.
“Kenapa kau tak mampus aje dari dunia ni? Patutnya kau pergi jahanam sekali dengan ibu bapa kau masa kau sekolah dulu! Kaulah yang bawak sial kat dalam keluarga kami!”

Hatrisya mula membulatkan keputusan. Keputusan yang akan menentukan hala tujunya dan Hazimi. Dan tika ini, Hazimi mula sedar akan sesuatu. Hazimi mula mengejar bayang Hatrisya. Namun, dibiar sepi oleh Hatrisya.

Mampukah Hatrisya terus menidakkan perasaan yang dirasanya? Kejadian apa yang membuatkan Hazimi membenci Hatrisya? Mampukah Hatrisya menjayakan keputusan yang telah diambil? Berjayakah Hazimi melembutkan kembali hati Hatrisya? Apakah dengan kata maaf, keadaan akan kembali seperti sedia kala?

Judul : Maafkan Abang
Penulis : Eyla Hime
Penerbit : Fajar Pakeer
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25

JAUH DARI CINTA.....

(SEDUTAN NOVEL) JAUH DARI CINTA - Adah Hamidah

Sedutan Novel :

"Kenapa kau nak buat sampai macam tu sekali, Nysa? Apa yang kau dapat?" Miza seakan membantah semua yang aku lakukan.

"Aku cuma nak dia bahagia," perlahan aku menuturkan itu.

"Tak habis-habis dengan kebahagiaan dia. Habis tu, kebahagiaan kau, kau nak campak kat mana? Tak sudah-sudah kau risaukan dia. Kau pun berhak untuk bahagialah, Nysa. Kau kena ingat tu." Miza merenung aku tajam. Aku pula hanya mampu tunduk dan mendiamkan diri.

"Dengar cerita kau ni, tambah pula tengok keadaan kau macam ni, aku pula yang rasa marah. Kalaulah Aqil ada depan mata aku sekarang ni, tahulah apa yang aku nak buat. Dia ingat dia tu siapa? Suka-suka hati aje nak sakitkan hati orang lain." Miza bertambah marah. Tin minuman yang dipegangnya sejak tadi dihentakkan di atas meja. Mujur food court itu kian galak menerima kunjungan. Jadi keadaan hingar-bingar itu telah menutup bunyi tin air soya tadi.

"Sampai bila kau nak berlakon hilang ingatan ni?"

"Entahlah Miza, aku pun tak tahu."

"Semua yang kau buat ni, kerja gila kau tau tak, Nysa. Buatnya Aqil tahu, semua orang tahu, tak ke kau seorang aje yang kena tanggung akibatnya? Kau tak fikir dulu ke?" Miza masih lagi mempersoalkan tindakanku.

"Aku rasa ini yang terbaik." jawabku.

"Terbaik untuk dia dengan makwe dia tu aje. Untuk kau, ini bukan yang terbaik, tapi ini yang terperit! Ish… geram betullah aku!" barulah kali ini Miza mengalihkan pandangannya. Melilau matanya memerhati ruang-ruang yang ada dalam food court itu.

"Tak apalah, Miza. Untuk kali yang terakhir." pendek ayat yang aku keluarkan.

"Kau ingat dia nak hargai ke, semua yang kau buat ni? Kalau macam tulah perangainya, jangan mimpilah." Miza betul-betul marah.

"Please Miza… aku bercerita pada kau, bukan nak kau buruk-burukkan dia. Seteruk mana pun dia, dia tetap suami aku. Lagipun aku buat semua ni bukan untuk buat dia hargai aku." aku jelaskan, berharap Miza faham.

"Suami? Kelakar pula aku mendengarnya. Ish… dahlah. Aku nak ke toilet kejap. Berasap-asap dah telinga aku ni dengar cerita kau tu. Kalau aku jadi kaulah Nysa, dah lama dah aku tinggalkan lelaki yang tak tahu dek untung macam dia tu." Miza menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum bangun meninggalkan aku sendirian di situ.

----------------------------------------

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

Novel yang berbeza dari novel-novel penerbitan karyaseni sebelum ini. Karya kisah sedih yang akan mengusik perasaan pembaca

Judul : Jauh Dari Cinta
Penulis : Adah Hamidah
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM21
Sabah / Sarawak : RM24

Novel ini menduduki NO 1 Carta Bestseller di POPULAR. Rujukan Akhbar Harian METRO dan BERITA HARIAN 30 september 2011

KAMPUNG GIRL.......


 



PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
...
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Judul : Kampung Girl
Penulis : Umi Kalsom
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24

Rindu Sedang Bertamu....

Entah bila En Suami nak mendarat ke daratan nie... Rindu banget rasanye isteri mu ini ....http://youtu.be/FE1hR_Le1Tg