Wednesday, September 22, 2010

Bersama suami & anak2 tersayang..

Walaupun hari raya tahun nie kita serba kekurangan namun kita tetap memeriahkan hati anak2 tanpa mereka merasakan kekurangan menyambut Aidilfitri seperti anak2 org lain dpt baju, kasut baru... Anak2 aku x meminta pun... alhamdulillah dengan berkat kesabaran yg di kurniakan keatas diriku dan suami kami dpt mendidik Nur Ainin Sofiya berpuasa penuh selama 30 hari tanpa 'ponteng' puasa....

Tuesday, September 21, 2010

Kesedihan Bukan Keharusan

RENUNGAN

Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa yang mujarab dan penuh ketulusan,yakni doa untuk menghilangkan kedukaan,kecemasan,dan kesedihan. .

   ''Tiada Tuhan slain ALLAH yang Maha Agung lagi Maha Penyantun.tiada Tuhan selain ALLAH,Tuhan yang Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan pemilik 'Arasy yang mulia.Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri,tiada Tuhan selain Engkau,dengan rahmatMu,aku memohon pertolongan
     Ya ALLAH,hanya rahmatMu yang ku harapkan,maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih sayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku,tiada Tuhan selain Engkau. .
     Aku memohon ampunan kepada ALLAH,yang Tiada Tuhan selain Dia,yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri,dan aku bertaubat kepadaNya.  .
     Tiada Tuhan selain Engkau,Maha Suci Engkau.sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang yang telah berbuat zalim. .
     Ya ALLAH,sesungguhnya aku adalah hambaMu dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuanMu. . Hidupku dan ditanganMu..Telah berlalu qadhaMu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku. .Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki,yang dengannya Engkau namakan diriMu sendiri,yang Kau cantumkan dalam kitabMu,yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang diantara makhlukMu (NabiMu) ,atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisiMu,agar kiranya Engkau berkenan menjadikan al Quran sesuatu yang rimbun dalam hatiku,cahaya dadaku,penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku
    Ya ALLAH,sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan,kelemahan dan kemalasan,kekikiran dan sifat penakut,dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat) . ."


      Bersedih itu sangat dilarang berdasarkan firman Allah Ta'ala didalam surah Ali- 'Imran,ayat 139:-

      ''dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangan (pula) bersedih hati.."

      "....dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka...." (al-Hijr :88)

      "....janganlah kamu bersedih,sesungguhnya Allah selalu bersama kita..." (al-Taubah :40)

 Adapun firman ALLAH yang menunjukkan bahawa kesedihan itu tidak bermanfaat apa pun adalah :

      "....nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka,dan tidak (pula) mereka bersedih hati.." (al-Baqarah :38)

Kebahagiaan Seorang Suami

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan  mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
 " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah ia." Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "